Model Perbankan dalam Sejarah Islam
Yaa. Semua orang akan nampak benda yang moden moden ni mesti bermula dari Barat.
Yaa. Ramai yang akan akui kebanyakan ilmu tu kita pinjam daripada ilmuwan ilmuwan Barat dengan segala macam theories and assumptions yang mereka buat, and lepastu kita apply.
Ya betul! Barat banyak contributions, terutamanya dalam memindahkan ilmu yang dibawa oleh agama Islam sejak dulu lagi kepada kita sekarang sebenarnya. haha. Yeay! Kita menang!! *wink*
*****
And so does in THE MODEL OF BANKING SYSTEM, Islam sangatlah terkehadapan.
(1) Wadi'ah (simpanan) Zubair bin al Awam
Ibn
Sa'ad mencatatkan bahawa ramai yang mendatangi Zubair dan meminta untuk
disimpan wang mereka, sehingga Zubair menolak kerana merasa terbeban
akan hilangnya wang tersebut sedangkan beliau sendiri langsung tidak
boleh menggunakannya (wadiah yad amanah).
Justeru, Zubair meminta penyimpan untuk menyimpan atas dasar pinjaman dan bukan lagi wadi'ah. Sebagaimana katanya :
لا ولكن هو سلف , أني أخشى عليه الضيعة
Tidak, tapi jadikannya sebagai pinjaman, sesungguhnya aku bimbang ia hilang.
Hasil
dari tindakan Zubair ini, semakin ramai yang datang kepadanya sehingga
jumlah yang dipegangnya mencecah 2,200,000 dirham. Satu jumlah yang amat
besar di zaman tersebut. Sehingga terdapat penulis yang menamakannya
sebagai Bank Zubair.
Melalui tindakan Zubair ini beliau dianggap individu pertama yang telah menukar asas konsep wadi'ah
yang hanya menjaga amanah menyimpan tanpa boleh digunakan, kepada
pinjaman yang membolehkannya untuk melaburkannya dan pada masa yang sama
menjamin keselamatan wang tersebut. (wadiah yad amanah --> wadiah yad dhamanah)
refer: http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=808
(2) Sukuk Marwan bin al Hakam
Sukuk adalah instrumen hutang yang dikeluarkan oleh sesuatu
kerajaan atau badan korporat untuk mendapatkan dana tambahan bagi tujuan
pembiayaan projek. Istilah sukuk berasal dari bentuk jamak bahasa arab iaitu
'sakk' yang bermaksud dokumen atau sijil.
Seperti yang dicatit oleh Imam Malik dalam Al-Muwatta', Buku
31, Nombor 31.19.44, penggunaan sukuk yang terawal (dengan kadar tertentu
daripada makanan asasi) bermula pada zaman Khalifah Umayyah pada abad pertama
hijrah di bawah pemerintahan Khalifah al-Marwan ibn al-Hakam.
Zayd bin Thabit dan seorang sahabat Rasulullah (SAW) telah pergi kepada Marwan
dan berkata, “Marwan! Adakah awak menghalalkan riba?” Beliau berkata: “Aku berlindung
dengan Allah! Apakah itu?” Katanya , “Receipts (sukuk) yang dibeli dan dijual
oleh orang ramai sebelum penerimaan barangan.”
Marwan kemudiannya menghantar
pegawai keselamatan untuk mengikut mereka dan mengambilnya dari tangan
orangramai dan memulangkan kepada pemilik asal.
refer: http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVIII/PKEM2013_3A2.pdf
(3) Credit Transfer Ibnu Abbas dan Abdullah Ibnu Zubair
Diriwayatkan
juga,
1- Ibnu Abbas r.a mengambil wang perak di Mekah bagi membawanya ke
Kufah
2- Abdullah Bin Zubair pula menulis dan mengambil wang perak
dari Mekah untuk saudaranya Mus'ab bin Zubair di Iraq.
*****
Sebenarnya banyak lagi contoh perbankan yang boleh kita nampak berlaku pada zaman sejarah Islam selain daripada yang tiga kat atas tu.
Lama lama bila tengok dan belajar, sendiri rasa bangga, sebab Islam sebenarnya sangatlah up-to-date!
Ok lah, banyak lagi tak baca buku fikru ni. Pray for our second paper on Tuesday people!
#iProudtobeAMuslim :D
Comments
Post a Comment