F for F.A.M.I.L.Y

Salam :)

Memang kalau belajar kat sini ada syllabus alQuran yang kitorang kena hafal (ok sebab ini antara subjek ijbari kulliah - nak taknak kena ambil). Untung sangat untuk para hafiz hafizah yang dah hafal kamil 30 juzuk dan beruntung juga bagi sesiapa yang dah pernah cuba untuk menghafal.

Jealous.

Tapi aku rasa tak mustahil jugak untuk yang 'newbie' ni untuk sama sama hafal sebab alQuran tu merupakan amalan harian kita. Takde alasanlah insyaallah untuk kata kita tak mampu nak hafal (even sikit), sebab manusia lain boleh je takkan kita tak boleh. *motivate diri*


Bila tengah recall balik Surah Insyiqaq haritu sangkut pulak kat satu part ni, bukan sebab terlupa hafalan ke apa tapi cuma tertarik dengan maknanya. (sebab sebelum ni hafal melulu je tak tengok maksud pun. Almaklumlah hafal semata mata exam -.-)

Terus teringat family yang nun jauh di sana. Semoga kita sentiasa bersama :)



-----

يَٰٓأَيُّهَا ٱلْإِنسَٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَٰقِيهِ
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
84:6

فَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ
Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya,
84:7

فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا
Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
84:8

وَيَنقَلِبُ إِلَىٰٓ أَهْلِهِۦ مَسْرُورًا
Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
84:9

AMIN :)

Comments

Popular posts from this blog

Application of Qard and Qard al-Hasan

FORWARD FOREIGN CURRENCY EXCHANGE

Winter Project 2015